Rabu, 8 Disember 2010

KENA PUGAI?

Assalamualaikum w.t.b.
Selamat menyambut awal muharam.
Kali ini saya dedahkan satu petua daripada orang-orang tua berkaitan dengan pelebur buatan PUGAI.

Pugai adalah istilah yang digunakan di Sabah. Ia merupakan amalan yang menggunakan ilmu hitam/sihir.
Digunakan untuk memikat wanita atau lelaki yang disukai. Tapi kebanyakan yang kena ialah perempuan.

Dikatakan bahawa orang yang kena ilmu Pugai akan tertarik kepada orang yang memakai atau dipakaikan ilmu
hitam ini. Sebahagiannya dikatakan akan sentiasa teringat-ingatkan orang yang memujanya, walaupun dia dapat merasakan bahawa dia tidak menyukai orang itu. Sebahagian perempuan atau lelaki yang dikenakan ilmu ini akan sanggup untuk keluar rumah dan datang terus kepada si pemujanya.

Ia amat bahaya kerana ia adalah amalan sihir dan dipergunakan untuk kepentingan nafsu si pengamal.

Orang tua ada berpesan, jika ada di antara anak/adik/kakak/abang/ibu/bapa anda yang mengalami perubahan mengejut seperti yang dikatakan di atas, segeralah bertindak.

Mintalah yang kena pugai tadi masuk ke reban ayam di mana ada ayam betina yang bertelur. Jika perlu merangka, merangkalah. Kemudian ambil terlur ayam itu. Semasa keluar, lakukan pergerakan mengundur/mundur hinggalah keluar dari kandang ayam itu. Telur ayam itu kemudiannya dipecahkan di air yang mengalir oleh yang merawatnya/anda yang merawatnya.

Kemudian, mandikan dia dengan air yang telah dibacakan Ayat Qursyi, Al-Fatihah dan Ayat Mu'awizat.
Selesai dimandikan, mintalah yang kena pugai itu mengambil wudhu. Lanjutan dari itu, mintalah mana-mana orang yang tau juga untuk merawat si pesakit/yang kena pugai itu.

Insya-Allah, kesan kena pugai akan beransur-ansur hilang dalam tempoh yang dekat/3 hari.
Bagaimanapun, anda haruslah memohon penyembuhan kepada Allah.
Kepada si perawat/yang membantu merawat, jangan sesekali mendabik dada sebagai orang yang pandai sebelum membantu merawat si pesakit atau selepas si pesakit sembuh dari dikuasai pugai itu.

Selamat mencuba dan semoga anda mendapat kurniaan pertolongan dari Allah s.w.t. Amin!

Mohon Petua Orang Tua undur diri

Tiada ulasan: