Ahad, 12 Disember 2010

UBAT PENYAKIT KUNING UNTUK BAYI YANG BARU LAHIR.

Penyakit Kuning kerap dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
Adakalanya, si ibu tidak sempat pun berpeluang rehat di rumah. Demi anak kecilnya, dia juga terpaksa berada di wad kanak-kanak walaupun masih menanggung kesakitan akibat daripada proses kelahiran si anak kecil tadi.
Saya, sebagai suami juga pernah mengalami detik-detik mencemaskan ini.

Melihat anak yang masih amat kecil dan tanpa pakaian di dalam balang ultra ungu, jiwa meronta, menangis dalam diam. Apatah lagi si ibu yang melahirkannya. Gelisah bukan kepalang. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu tahap kuning si anak meningkat ke tahap bahaya. Kita hanya ada dua pilihan sahaja ketika tahap kuning anak meningkat ke paras bahaya iaitu bersetuju untuk pertukaran darah atau tidak.

Jika kita bersetuju untuk pertukaran darah, darah anak akan ditukar melalui pusat dengan darah baru. Tak dapat dibayangkan betapa derita si anak jika proses ini berjalan. Jika kita tidak bersetuju, kita meletakkan anak kita dalam 'kelemahan otak berfikir' di masa depan. Alangkah sedih memikirkan jika keengganan kita menjadi sebab otak anak kita 'tidak mampu menerima ilmu' dan akan selama-lamanya begitu.

Alhamdulillah, selepas melalui 'perjalanan' yang amat menyedihkan sebelum ini, Allah memberi petunjuk-Nya. Saya temuilah kaedah yang amat memberangsangkan. Malah di luar dugaan sama sekali. Rupanya petua orang tua telah lama menemui cara mengatasi masalah kuning pada bayi.

Anda kenalkah tumbuhan renik yang dinamakan Bunga Kembang Malam? Bunganya berwarna putih dan memang akan kembang mekar di waktu malam. Ketika ia kembang ia akan mengeluarkan bau yang harum. Tapi bukan harum sundal malam tau!

Ambil bunga dan daun pokok bunga ini. Satukan dengan Buah Kuning. Buah Kuning mudah didapati di kedai-kedai penjua ramuan tradisional cina - SING SANG. Satukan kedua-duanya dan rebuslah dalam air hingga mendidih. Selepas itu, diamkan sehingga airnya hangat-hangat kuku. Kemudian mandikan bayi anda dengan air ini. Insya-Allah, selepas itu, apabila bayi itu kencing atau membuang air besar, anda akan dapati bahawa air kencing dan najisnya amat berwarna kuning.

Kuning air kencing dan najis bayi tadi akan beransur-ansur kurang dan jadi seperti biasa selepas beberapa kali memandikannya dengan air bunga kembang malam dan buah kuning.

Bagi anda yang menghadapi masalah sama, usahakanlah petua ini. Memang mujarab! Bagaimanapun, ketahuilah bahawa penyembuhan itu sesungguhnya adalah datang daripada Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah kedekut untuk bersyukur selepas mendapat hasilnya.

Selamat mencuba Petua Orang Tua ini.

Wassalam.
.

Tiada ulasan: