Rabu, 11 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat berjumpa...

Bisul memang menyakitkan. Tempoh masa untuk sembuh pula agak lama. Kadang-kadang pula, belum pun sembuh bisul pertama sudah ada tanda-tanda baru bahawa bisul kedua pula akan menyerang. Mahu mengelak...kita sendiri juga tidak pasti pendekatan yang mana satu yang paling baik untuk diamalkan. Mahu tidak mahu, kita pasrah kepada ketentuan-Nya, terima saja penyakit itu.

Pasrah kepada takdir Allah itu adalah semestinya kerana semuanya adalah dengan izin-Nya juga. Kendati pun demikian, mencari ubat penawar juga adalah digalakkan dan ada pahala yang disediakan bagi usaha sedemikian dari-Nya. Masalahnya, di mana kita boleh menemui penawar untuk penyakit ini dan apa bahan yang digunakan?

Seperti biasa, penulis ingin kaitkan juga dengan ubat-ubatan yang ada di pasaran. Sememangnya ada tetapi terlalu sukar untuk mendapatkannya. Yang berjenama selalunya amat mahal. Yang murah pula, cepat habis dibeli pembeli atau kadang-kadang diragui juga kekesanannya. Orang kita, biasanya mencari jalan paling mudah tetapi berkesan ~ berpandukan petua orang-orang tua.

Kali ini, penulis ingin berkongsikan pengalaman dan pengetahuan mengenai bahan yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit bisul. Semoga pengetahuan ini memberi manfaat yang banyak kepada semua pembaca yang memerlukannya. Amin!

Kepada yang kerap dijangkiti BISUL...carilah buah jambu batu muda yang masih ada kelopak bunga. Maknanya, buah jambu batu yang masih muda dan kelopak bunganya masih melekat atau belum gugur. Makanlah buah itu berserta bunga kelopaknya. Tidaklah ditetapkan bilangan yang harus dimakan tetapi biasakanlah memakan dalam bilangan yang ganjil.

Kemudian, ambil pucuk daun jambu batu itu. Rebus sehingga mendidih. Minumlah air rebusan daun jambu batu itu ketika ia masih panas atau hangat yang kuat. Minumlah sebanyak 1 gelas di waktu petang, i gelas pada tengahari dan 1 gelas sebelum tidur. Ingat, air yang diminum itu mestilah air yang terbaru...iaitu sebaik sahaja daun jambu batu baru direbus.

Insya-Allah, bisul cepat 'masak' dan pecah kemudian cepat pula sembuhnya daripada biasa.

Jika anda berasa bimbang akan dijangkiti bisul lagi dalam waktu yang terdekat, berusahalah mencari sejenis buah pokok renik yang biasanya tumbuh di kebun getah. Pokok itu penulis namakan POKOK DURIAN-DURIAN bagi memudahkan anda mengenalinya. Tahu sajalah, kita pun biasanya tidak kenal pokok itu jika disebut menggunakan nama saintifiknya.

Pokok Durian-durian itu mempunyai buah seperti buah durian. Bezanya, buahnya ada empat atau tiga dan melekat antara satu sama lain. Buahnya kecil sahaja dan terletak dihujung dahan. kanak-kanak suka bermain dengan buah ini kerana ia mudah melekat di rambut dan pakaian yang berbulu.

Ambil buah pokok ini, kopek dan ambil isinya. Isinya kecil - lebih kecil dari kepala mancis. Berkulit gelap tetapi jika dibelah dua, isinya berwarna putih. Kumpullah seberapa banyak yang anda suka. Makanlah isi buah itu seberapa bayak yang anda mahu. Penulis mencadangkan, makanlah 3/5/7 biji dengan tanpa meminum air. cukup mengunyanya sahaja dan telan. Buah ini tidak beracun...jangan bimbang!

Mengikut pengalaman penulis, sebiji isi buah pokok ini seumpama menjadi ubat untuk setahun badan anda tidak dijangkiti bisul. Penulis ada mengadukan khasiat isi buah pokok durian-durian ini kepada orang-orang tua dan ianya disahkan memang mujarab. Penulis juga mengakuinya kerana penulis juga mengamalkan petua orang tua ini.

Sekian, selamat berusaha dan mencuba.

3 ulasan:

bangau berkata...

salam,
takut tersalah pokok durian2, kalau ada gambar dia pun bagus ni.

Unknown berkata...

assalamualaikum saudara. saya ingin membeli produk tersebut. saya sendiri telah dijangkiti penyakit ini.. amat-amat menyeksa kan. diharap saudara dapat membantu saya.

016-2749308 shah

Unknown berkata...

Insya-Allah, selepas mendapat gambar pokok berkenaan, saya akan masukkan ke blog ini untuk panduan anda.