Sakit disebabkan kena ANGIN kerap dihidapi oleh wanita, khususnya yang pernah melahirkan anak. Namun ada juga di antaranya adalah wanita yang belum melahirkan anak dan juga lelaki. Cuma perlu diketahui bahawa kesan berpunca daripada terkena ANGIN adalah berbeza.
Sakit biasa disebabkan 'angin' dan dihidapi oleh lelaki atau perempuan yang belum melahirkan anak cuma perlu dirawat dengan cara biasa. Bagaimanapun ia memerlukan bahan semulajadi untuk mempercepatkan penyembuhan ini. Sebelum itu, anda perlu tahu dibahagian manakah di tubuh anda sakit yang berpunca daripada angin itu. Contohnya, adakah sakit itu di bahagian belakang atau di bahagian paha atau lutut dsb.
Sakit kerana angin kerap menyerang bahagian belakang (seluruh bahagian belakang), bahagian otot bawah lengan atas, lutut, sendi kaki/ankle, kepada dan sendi-sendi jari tangan dan kaki.
Sakit di bahagian kepala lebih kerap disebabkan kerana lewat makan atau sarapan pagi yang tidak cukup. Orang yang mengalami masalah ini adalah dari kelompok kumpulan darah B. Dan dia juga berpotensi mengidap sakit gastrik. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya makan dengan cukup pada waktu sarapan pagi dan makanlah ketika mula berasa lapar walau pun masa makan tengahari belum sampai. Atau sebaik-baiknya, makanlah seperti anda makan di tengahari pada waktu subuh/sebelum masuk waktu subuh (azan subuh).
Sakit di bahagian belakang, otot bawah lengan atas, lutut dan sendi-sendi perlu menggunakan bahan semuladi. Mewngurut bahagian ini adalah agak menyakitkan dan adalah kurang sesuai. Petua Orang Tua mendapati bahawa untuk merawat sakit disebabkan angin biasa ini hanya perlu menggunakan kapur pinang dan limau kapas jantan sahaja. Caranya : Potong limau itu bertentang ulas dan perah airnya. Air limau itu dicampur dengan kapur putih (kapur pinang). Sebiji l;imau cuma untuk 5 cubit kapur putih.
Sapukan kapur yang bercampur dengan air limau itu di bahagian sakit yang disebabkan angin itu. Tahukah anda bahagian itu? Kenali titik utamanya ketika anda mengidap selsema. Ketika anda selsema, tubuh anda akan berasa lemah dan sakit-sakit bahagian sendi dan otot. Bukan semua otot sakit tau...hanya di tempat-tempat tertentu. Di bahagian itulah angin di badan anda 'berehat'. Selepas memakai ramuan tadi, anda akan dapat merasa seolah-olah ada rambut basah (sejuk) ditarik keluar. itu tandanya angin itu terkeluar/ditarik keluar.
Tapi bagaimanakah merawat sakit yang yang dikatakan terkena ANGIN BERANAK?
Ikuti keluaran akan datang!!!
2 ulasan:
Masalah saya nie.....kuat naik angin. kadang-kadang mcm kepala angin.
Itu bukan penyakit 'kena angin'.
Itu masalah disebabkan tekanan fikiran...jadi tuan selalu kena bersabar. Kalau tidak...nanti boleh kena tinggi darah.
Bahaya tu!
Catat Ulasan