Jumaat, 19 November 2010

BIMBANG DENGAN TEKANAN DARAH TINGGI?

Penyakit tekanan darah tinggi merupakan pembunuh dalam senyap.
Menyerang siapa sahaja atas sebab-sebab tertentu. Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, anda harus berjumpa doktor pakar. Di Malaysia, rakyat yang mengidap penyakit ini adalah ramai. Boleh dikatakan di setiap ceruk negeri.

Orang tua berkata, petua untuk si pengidap memang ada tapi petua yang dikongsikan bersama ini hanya satu daripada banyak-banyak petua yang ada.

Bagi pengidap penyakit ini, ada kalanya selera untuk makan makanan yang digemari tidak dapat dikawal, terutama sekali memakan daging. Sama ada daging yang dimasak kari, masak kicap atau masak sup. Kadang-kadang tanpa menyedari si pengidap memakannya kerana tergoda oleh aroma masakan itu sendiri.

Petua Orang Tua ada memberitahu, sekiranya 'sudah termakan' daging (bagi pengidap penyakit darah tinggi),
makanlah gula sesudu teh selepas 'termakan' daging kegemaran itu. Gula itu dimakan tanpa meminum air.

Kata Orang Tua, ini Petua sahaja.
Menurut Orang Tua, memang mujarab. Bagaimanapun, bagi si pengidap penyakit darah tinggi, janganlah pula jadikan alasan dah dapat petua ini, pantang-larang memakan daging dilupakan terus. Ini cuma kerana 'tak sengaja/lupa' sahaja.

Bagaimanapun, ada seorang tua yang menghadapi masalah yang sama. Kerana tak tahan dengan kehendak selera, daging masak sup dilapahnya juga semangkuk. Selepas itu penulis menasihatkannya supaya melaksanakan amalan ini.
Esoknya, dia berjumpa penulis, katanya.."Sekarang saya sudah tidak bimbang lagi...saya sudah ada penawar kepada tekanan darah tinggi saya sebaik sahaja sudah memakan daging...tiada apa-apa lagi"

Itu katanya!
Penulis hanya menyebut..."Alhamdulillah".

Tiada ulasan: