Ahad, 21 November 2010

LAGI MASALAH BISUL!

Sebelum ini saya ada menyiarkan Petua Orang Tua yang menyebut perkara ubat penyakit bisul.
Itu tentang petua, ubat jika kena bisul.
Kali ini saya siarkan pula tentang petua supaya kekerapan menghidapi penyakit bisul dapat diatasi atau dikurangkan.

Orang Tua menyebut, sejenis tumbuhan renik boleh membantu sesiapa sahaja yang kerap dijangiti bisul.

Pokok itu saya namakan sebagai 'pokok durian-durian'.
Durian-durian merupakan nama yang saya berikan kerana buah pokok renik ini hampir menyerupai buah durian. Bezanya, buah pokok renik ini adalah kecil. Buahnya berduri tetapi tidak berbahaya. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan pokok getah, kawasan padang semulajadi atau kawasan berdekatan dengan sungai.

Kanan-kanak suka menggunakan buah pokok ini untuk bermain sesama mereka kerana buah ini mudah melekat di pakaian atau rambut kita. Semasa muda berwarna hijau dan ketika tua berwarna cokelat. Isinya hanya sebiji bagi setiap buah yang berpasangan tiga-tiga itu.

Orang Tua memberitahu bahawa isi buah pokok durian-durian ini, jika dimakan (ketika buah sudah tua) akan dapat membantu merenggangkan jarak masa dijangkiti bisul. Kata Orang Tua, sebutir isi buah pokok renik ini akan dapat membantu sesiapa sahaja yang bermasalah dijangkiti bisul setiap tahun/kerap untuk tidak dijangkiti selama satu tahun.

Nah, bayangkan jika anda memakan isi buah ini sebanyak 100 biji!

Penulis mengamalkan petua ini dan Alhamdulillah, sehingga kini, seumur hidup penulis, baru tiga kali terkena bisul. Agaknya dulu penulis tidak memakan isi buah ini banyak-banyak...he3.

Cubalah petua ini...anda akan dapati ia luar biasa.
Insya-Allah.

(akan datang - mengubat sakit mata dari pokok yang sama)

Tiada ulasan: