Rabu, 1 Disember 2010

Mengurangkan Masin Ikan Masin

Percaya tidak bahawa ikan masin boleh dikurangkan masinnya sebelum digoreng?
Dulu, saya juga tidak percaya.
Ikan masin sudah sememangnya masin sebab itu dikatakan ikan masin, bukan ikan kering.

Bagaimanapun, kadang-kadang ikan masin itu terlalu masin kerana banyaknya kuantiti garam yang digunakan ketika memeram ikan sebelum dijemur pada keesokan hari.

Kesannya, sedap ikan masin tidak lagi dapat dinikmati kerana terlalu masin. Dalam masa yang sama, boleh menjadi punca meningkatnya darah tinggi pula.

Nah, mulai saat anda membaca petua ini, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah tadi.
Kurangkan masin ikan masin itu.
Caranya : Rendamkan ikan masin itu di dalam air yang dicampur garam yang sejuk.
               Biarkan selama 10 - 15 minit. Kemudian sapu-sapukan permukaan ikan masin itu dengan tangan.
               Ketika melakukan ini, ikan itu mestilah berada di dalam 'air garam' itu tadi.
               Selepas itu, jemurkan semula ikan masin itu hingga kering
               (kalau tidak kering ikan akan hancur ketika  digoreng).
               Setelah kering, gorenglah ikan masin itu.
Insya-Allah, anda akan dapati ikan masin itu tidak terlalu masin lagi. Malah akan lebih sedap!
Demikianlah kata orang tua-tua dalam Petua Orang Tua kali ini.

Sungguh pun begitu, jika anda memang terasa sangat masin juga....hati-hatilah, anda mungkin antara orang yang berpotensi mengidap darah tinggi. Jadi, jangan makan ikan masinlah!

Selamat mencuba.

Tiada ulasan: