Isnin, 29 November 2010

Ubat Sakit Mata

Assalamualaikum
Masih ingat dengan nama pokok 'Durian-durian'?

Haa, kali ini saya akan paparkan satu lagi kegunaan/khaifiat pokok renik ini. Kepada sesiapa yang mengidap sakit mata bolehlah 'cuba' petua ini.

Cari pokok Durian-durian itu, ambil daunnya. Daun itu mestilah yang baik, tidak rosak. Tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda (pucuk).
Ramas-ramaskan daun itu di dalam air yang bersih/air mati/air yang telah dididihkan.
Selepas meramas-ramas daun itu hingga hancur, saring air itu dengan menggunakan jaring halus/penapis. Kemudian tapis lagi untuk kali kedua menggunakan kain lembut dan bersih.

Diamkan air tadi untuk satu hingga dua jam supaya semua hampas halus mendap ke bawah. Selepas itu, ambil air bahagian atas hampas (jika ada).
Cucilah mata anda dengan air itu.
Bacalah salawat tiga kali (bagi yang muslim)sebelum menyapu ke mata dan berdoalah, memohon kepada Allah apa yang dihajati.
Bagi yang bukan muslim, berniatlah dengan baik mudah-mudahan dengan khasiat air daun itu akan menyembuhkan sakit mata anda.

Buatlah tiga kali sehari. Bagaimanapun, ketika bangun dari tidur, basuhlah dulu muka dan mata tu. Jangan terus sapu dengan air daun durian-durian itu walhal tahi mata masih ada di mata...he3.

Selepas 3 hari, insya-Allah mata anda akan sembuh seperti biasa.
Begitulah kata orang tua mengenainya.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan: