Assalamualaikum w.t.b., salam sejahtera dan salam damai,
Pengertian Hadis : "Allah menurunkan ubat itu melalui tangan seseorang yang Dia kehendaki."
Petua orang tua menyebut : Berubatlah dengan orang yang kamu berasa senang hati dengan dia...'
Pesan Penulis : Jika anda ragu kepada sesuatu itu, tinggalkanlah ia/jauhilah ia.
Okieukio
Dunia semakin moden walau hakikatnya semakin tua. Kemodenan mengheret sebilangan besar manusia untuk segera mengharapkan klinik swasta apabila sakit, khususnya yang berpendapatan tinggi. Bagi yang berpendapatan sederhana dan kecil, hospitallah tempat pilihan utama. Namun, seperti yang diketahui, tidak semua 'ubat' yang diperlukan dapat ditemui di klinik dan hospital. Penulis sudah juga menyatakan perkara ini dalam keluaran-keluaran terdahulu.
Sakit yang dideritai berpunca daripada beberapa sebab. Sakit yang biasanya dianggap luar biasa pula memerlukan cara perubatan yang khusus. 'Kerasukan' , 'sakit tiba-tiba' dan 'terkena' serta sakit yang dikategorikan luar biasa, biasanya tidak akan ada penawarnya di klinik atau hospital. Pendekatan rawatan tradisionallah kebiasaannya alternatif terakhir yang dipilih. Pun begitu, terdapat pula orang-orang yang menggelar dirinya 'bomoh' atau 'dukun' mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kepercayaan si pesakit atau keluarga si pesakit. Apakah yang mereka telah lakukan? Biarlah pembaca sendiri memahaminya.
Apa yang penulis ingin kongsikan bersama pembaca di ruangan ini adalah tentang rawatan alternatif melalui doa. Orang kita menyebutnya juga sebagai Rawatan Tradisional atau Rawatan Melalui Doa.
Penulis berasa, sudah sampai masanya untuk penulis membuka peluang yang lebih luas kepada pesakit yang memerlukannya dengan segera. Maksudnya di sini ialah, 'Rawatan Langsung' daripada penulis kepada pesakit. Tanpa melalui orang tengah yang kemudiannya membantu menyampaikan/ menyediakan bahan perawatan kepada si sakit. Mudah-mudahan dengan rawatan langsung itu, pesakit yang sakit disebabkan oleh perkara yang tidak diketahui puncanya oleh doktor dapat dibantu.
Kepada pembaca yang inginkan maklumat mengenai rawatan langsung...sama ada secara bersemuka atau dari jarak jauh, bolehlah menghubungi Penulis.
Jika perlukan penjelasan panjang lebar terlebih dahulu - emailkan pertanyaan itu
ke email penulis : okieukio@gmail.com
Jika perlukan bantuan segera, hubungilah terus ke no. 011 29822082
Bagaimanapun, perlu juga penulis terangkan sedikit mengenai masa rawatan oleh penulis untuk tujuan di atas. Masa rawatan dimaksudkan adalah pada malam Selasa, malam Khamis dan malam Sabtu sahaja. Mengenai hubungan dengan pesakit, penulis lebih suka dapat berhubung terus dengan pesakit melalui telefon - jika dia berada jauh.
Pengertian Hadis : "Allah menurunkan ubat itu melalui tangan seseorang yang Dia kehendaki."
Petua orang tua menyebut : Berubatlah dengan orang yang kamu berasa senang hati dengan dia...'
Pesan Penulis : Jika anda ragu kepada sesuatu itu, tinggalkanlah ia/jauhilah ia.
Okieukio
Tiada ulasan:
Catat Ulasan