Selasa, 9 September 2014

Assalamualaikum w.t.b.
Selamat bertemu kembali.

Minta maaf kepada pengunjung yang ada menghantarkan email kepada saya kerana belum dapat membalasnya. Insya-Allah selepas kesibukan kerja ini berkurangan, saya akan jawab kesemuanya.

Tentu ada yang terlewat. Jadi, jika saya terlewat mengirimkan petua yang diminta, anggap sahaja nanti ia sebagai tambahan koleksi perubatan anda.

Saya mengharapkan tidak ada lagi yang cuba mengaku petua yang saya berikan sebagai petua yang lebih lengkap dengan hanya menambah 'Bismillahir Rahmaannir Rahiim di awalnya.

Kes seumpama ini berlaku pada tahun lalu. Kononnya petua yang diperolehinya dari kumpulan tertentu kebih lengkap. Namun selepas saya memeriksanya, tiada satu perubahan ayat pun yang berbeza dengan panduan yang saya berikan.

Isi dan penerangannya 100% sama dengan panduan yang saya berikan kepadanya.

Teruk sangat perangai begitu...!!!

Jumpa lagi.

Okie




Ahad, 16 September 2012

TERKENA GANGGUAN JIN, ILMU HITAM DAN SAKIT TIBA-TIBA

Assalamualaikum w.t.b., salam sejahtera dan salam damai,

Dunia semakin moden walau hakikatnya semakin tua. Kemodenan mengheret sebilangan besar manusia untuk segera mengharapkan klinik swasta apabila sakit, khususnya yang berpendapatan tinggi. Bagi yang berpendapatan sederhana dan kecil, hospitallah tempat pilihan utama. Namun, seperti yang diketahui, tidak semua 'ubat' yang diperlukan dapat ditemui di klinik dan hospital. Penulis sudah juga menyatakan perkara ini dalam keluaran-keluaran terdahulu.
 
Sakit yang dideritai berpunca daripada beberapa sebab. Sakit yang biasanya dianggap luar biasa pula memerlukan cara perubatan yang khusus. 'Kerasukan' , 'sakit tiba-tiba' dan 'terkena' serta sakit yang dikategorikan luar biasa, biasanya tidak akan ada penawarnya di klinik atau hospital. Pendekatan rawatan tradisionallah kebiasaannya alternatif terakhir yang dipilih. Pun begitu, terdapat pula orang-orang yang menggelar dirinya 'bomoh' atau 'dukun' mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kepercayaan si pesakit atau keluarga si pesakit. Apakah yang mereka telah lakukan? Biarlah pembaca sendiri memahaminya.
 
Apa yang penulis ingin kongsikan bersama pembaca di ruangan ini adalah tentang rawatan alternatif melalui doa. Orang kita menyebutnya juga sebagai Rawatan Tradisional atau Rawatan Melalui Doa.
Penulis berasa, sudah sampai masanya untuk penulis membuka peluang yang lebih luas kepada pesakit yang memerlukannya dengan segera. Maksudnya di sini ialah, 'Rawatan Langsung' daripada penulis kepada pesakit. Tanpa melalui orang tengah yang kemudiannya membantu menyampaikan/ menyediakan bahan perawatan kepada si sakit. Mudah-mudahan dengan rawatan langsung itu, pesakit yang sakit disebabkan oleh perkara yang tidak diketahui puncanya oleh doktor dapat dibantu.

Kepada pembaca yang inginkan maklumat mengenai rawatan langsung...sama ada secara bersemuka atau dari jarak jauh, bolehlah menghubungi Penulis.
Jika perlukan penjelasan panjang lebar terlebih dahulu - emailkan pertanyaan itu
ke email penulis : okieukio@gmail.com
 
Jika perlukan bantuan segera, hubungilah terus ke no. 011 29822082
 
Bagaimanapun, perlu juga penulis terangkan sedikit mengenai masa rawatan oleh penulis untuk tujuan di atas. Masa rawatan dimaksudkan adalah pada malam Selasa, malam Khamis dan malam Sabtu sahaja. Mengenai hubungan dengan pesakit, penulis lebih suka dapat berhubung terus dengan pesakit melalui telefon - jika dia berada jauh.

Pengertian Hadis : "Allah menurunkan ubat itu melalui tangan seseorang yang Dia kehendaki."
Petua orang tua menyebut : Berubatlah dengan orang yang kamu berasa senang hati dengan dia...'
Pesan Penulis : Jika anda ragu kepada sesuatu itu, tinggalkanlah ia/jauhilah ia.

Okieukio


 

Rabu, 11 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat berjumpa...

Bisul memang menyakitkan. Tempoh masa untuk sembuh pula agak lama. Kadang-kadang pula, belum pun sembuh bisul pertama sudah ada tanda-tanda baru bahawa bisul kedua pula akan menyerang. Mahu mengelak...kita sendiri juga tidak pasti pendekatan yang mana satu yang paling baik untuk diamalkan. Mahu tidak mahu, kita pasrah kepada ketentuan-Nya, terima saja penyakit itu.

Pasrah kepada takdir Allah itu adalah semestinya kerana semuanya adalah dengan izin-Nya juga. Kendati pun demikian, mencari ubat penawar juga adalah digalakkan dan ada pahala yang disediakan bagi usaha sedemikian dari-Nya. Masalahnya, di mana kita boleh menemui penawar untuk penyakit ini dan apa bahan yang digunakan?

Seperti biasa, penulis ingin kaitkan juga dengan ubat-ubatan yang ada di pasaran. Sememangnya ada tetapi terlalu sukar untuk mendapatkannya. Yang berjenama selalunya amat mahal. Yang murah pula, cepat habis dibeli pembeli atau kadang-kadang diragui juga kekesanannya. Orang kita, biasanya mencari jalan paling mudah tetapi berkesan ~ berpandukan petua orang-orang tua.

Kali ini, penulis ingin berkongsikan pengalaman dan pengetahuan mengenai bahan yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit bisul. Semoga pengetahuan ini memberi manfaat yang banyak kepada semua pembaca yang memerlukannya. Amin!

Kepada yang kerap dijangkiti BISUL...carilah buah jambu batu muda yang masih ada kelopak bunga. Maknanya, buah jambu batu yang masih muda dan kelopak bunganya masih melekat atau belum gugur. Makanlah buah itu berserta bunga kelopaknya. Tidaklah ditetapkan bilangan yang harus dimakan tetapi biasakanlah memakan dalam bilangan yang ganjil.

Kemudian, ambil pucuk daun jambu batu itu. Rebus sehingga mendidih. Minumlah air rebusan daun jambu batu itu ketika ia masih panas atau hangat yang kuat. Minumlah sebanyak 1 gelas di waktu petang, i gelas pada tengahari dan 1 gelas sebelum tidur. Ingat, air yang diminum itu mestilah air yang terbaru...iaitu sebaik sahaja daun jambu batu baru direbus.

Insya-Allah, bisul cepat 'masak' dan pecah kemudian cepat pula sembuhnya daripada biasa.

Jika anda berasa bimbang akan dijangkiti bisul lagi dalam waktu yang terdekat, berusahalah mencari sejenis buah pokok renik yang biasanya tumbuh di kebun getah. Pokok itu penulis namakan POKOK DURIAN-DURIAN bagi memudahkan anda mengenalinya. Tahu sajalah, kita pun biasanya tidak kenal pokok itu jika disebut menggunakan nama saintifiknya.

Pokok Durian-durian itu mempunyai buah seperti buah durian. Bezanya, buahnya ada empat atau tiga dan melekat antara satu sama lain. Buahnya kecil sahaja dan terletak dihujung dahan. kanak-kanak suka bermain dengan buah ini kerana ia mudah melekat di rambut dan pakaian yang berbulu.

Ambil buah pokok ini, kopek dan ambil isinya. Isinya kecil - lebih kecil dari kepala mancis. Berkulit gelap tetapi jika dibelah dua, isinya berwarna putih. Kumpullah seberapa banyak yang anda suka. Makanlah isi buah itu seberapa bayak yang anda mahu. Penulis mencadangkan, makanlah 3/5/7 biji dengan tanpa meminum air. cukup mengunyanya sahaja dan telan. Buah ini tidak beracun...jangan bimbang!

Mengikut pengalaman penulis, sebiji isi buah pokok ini seumpama menjadi ubat untuk setahun badan anda tidak dijangkiti bisul. Penulis ada mengadukan khasiat isi buah pokok durian-durian ini kepada orang-orang tua dan ianya disahkan memang mujarab. Penulis juga mengakuinya kerana penulis juga mengamalkan petua orang tua ini.

Sekian, selamat berusaha dan mencuba.

Ahad, 3 Jun 2012

KUDIS BUTA - jangan biarkan anak anda terus mengidapnya!

Assalamualaikum...
Lama sangat sudah penulis tidak menerbitkan artikel Petua Orang Tua untuk dikongsi bersama.
Apa pun, terima kasih kepada anda yang telah melayari blog ini dan kepada yang telah menhubungi penulis untuk mendapatkan bahan rawatan, penulis doakan semoga usaha anda berhasil. Insya-Allah.

Kali ini penulis ingin memperkatakan tentang penyakit Kudis Buta.
Kudis Buta adalah sejenis penyakit kulit yang biasa juga dikenali sebagai kudis. Namun, kudis buta agak sukar dirawat atau lambat sembuh. Kudisnya berbentuk lebih besar dan dikatakan lebih gatal terutama sekali di waktu malam. Jika rasa gatalnya lebih kuat di waktu malam bermakna kudis ini suka pada cuaca sejuk atau virusnya lebih aktif di waktu sejuk. Tidak hairanlah, kepada yang mengidapnya akan asyik bergaru waktu tidur di malam hari sehingga tidak sedar kudis itu terluka dan mengeluarkan darah.

Tentu sahaja ubatnya boleh diperolehi di hospital atau di farmasi. Namun terdapat beberapa jenis ubat yang masing-masing mengatakan mujarab untuk penyakit ini. Yang mana satukah pilihan anda? Ubat yang 'mujarab' dan 'baik' pula selalunya berharga lebih mahal. Masalahnya, berlaku juga ubat yang mahal ini tidak berjaya merawati penyakit kudis buta yang dialami. Mereka yang berpendapatan kecil atau bekerja sendiri pula biasanya mencari ubat yang lebih murah dan terus menunggu kudis buta yang kena pada anak-anak mereka sembuh walaupun setiap hari terus bersedih melihat derita anaknya kerana tanda kesembuhannya belum nampak lagi.

Petua Orang-orang Tua mengatakan bahawa penyakit kudis buta ini boleh dirawati menggunakan bahan semulajadi. Untuk membeli bahan-bahannya pun tidaklah sampai mencecah RM3/5. Kesannya juga amat mujarab dan diluar dugaan. Penulis telah pun melihat hasil daripada penggunaan bahan dimaksudkan. Hasilnya memang di luar dugaan. Sebab itu penulis ingin berkongsikan pengetahuan mengenainya kepada anda.

Kepada pembaca ruangan ini dan berhajat untuk mendapatkan ubat tersebut, hubungilah penulis di email berikut : okieukio@gmail.com.

Insya-Allah, penulis akan bekerjasama demi kebaikan bersama. Semoga usaha kita itu akan dirahmati Allah s.w.t. Bagi penulis, keredhaan Allah terhadap usaha penulis membantu sesama manusia sudah cukup sebagai balasan.

Jumpa anda lagi..
okieukio.

Rabu, 9 November 2011

UBAT BATUK KERANA SELSEMA!

Cari madu asli. Campurkan dengan air limau nipis. Minum!

Selepas itu, anda akan merasakan tekak anda lega dan dada anda luas.

Tak percaya?
Silakan mencubanya.
Insya-Allah, akan berhasil.

Ahad, 29 Mei 2011

PANTANG LARANG KEPADA YANG MENGIDAP PENYAKIT ASMA DAN KULIT GATAL.

Berikut adalah pantang larang yang harus diikuti oleh pengidap jenis sakit yang disebutkan.

Sebelum itu, POT ingin berpesan agar mendahulu cara perubatan moden terlebih dahulu. Petua Orang Tua biasanya akan dijadikan alternatif lain atau akhir selepas perubatan moden tidak mendatangkan kesan.
Maklumlah, kadang-kadang punca sakit itu adalah 'datang' daripada tindak balas pihak 'ketiga' yang tidak disedari atau tidak diketahui disebabkan tindakan kita sendiri.

Pantang larang dimaksudkan tadi ialah;

1. semua jenis minuman sejuk dari peti sejuk dan makanan sejuk seperti ais krim dsb.
2. makanan kering seperti ikan masin, udang, sotong, ketam, ikan bilis.
3. sayuran seperti timun, kacang tanduk dan terung....rebung juga.
4. makanan basah seperti ketam, kerang, sotong dan udang.
5. kulit binatang seperti kulit ayam, itik, lembu dsb. dan lemak serta otak.
6. bulu dari binatang seperti kucing, anjing dsb.
7. Habuk jalan raya dan dalam rumah.
8. minyak wangi.
9. asap dari kereta, rokok, asap kilang dan lain-lain asap.
10. kimia seperti diesel.
11. ubat-ubatan yang tidak sesuai dengan pengidap.
12. gigitan serangga.
13. angin sejuk dan air hujan.
14. habuk dari bunga-bunga spt bunga matahari.

Mungkin bagi anda yang mengidap sakit lelah dan kulit gatal merasakan hampir semua yang dinyatakan di atas adalah kesukaan anda. Maksudnya begini..makanan itu kesukaan anda. Mandi hujan juga kesukaan anda. Aktiviti lasak..di tempat berhabuk juga hobi anda.

Apa pun, bersabarlah ketika mula mendapatkan rawatan untuk sakit ini..khususnya saki kulit gatal. Bersabarlah dalam tempoh 2 bulan berturut-turut untuk terus memakan ubat yang disyorkan. APAKAH JENIS UBAT yang disarankan?

Jawapannya tidak dinyatakan di sini. Tanggungjawab anda pergi berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat mereka. JADI APAKAH PETUA ORANG TUA KALI INI?
POT nasihatkan IKUTILAH PANDUAN PANTANG LARANG INI semasa berubat.

Selamat mencuba!