Selamat berjumpa semula,
Pada awal tahun ini, penulis hendak berkongsikan satu petua yang jarang-jarang disebut orang.
Petua orang tua mengatakan, air pisang memudahkan kelahiran bayi.
Sudah pasti petua ini akan menggembirakan kaum ibu dan juga suami yang akan bergelar bapa.
AIR PUCUK DAUN PISANG REBUS/(PISANG SABAH - jika di Sabah)
Demikianlah air yang dimaksudkan oleh Petua Orang Tua kali ini.
Masalahnya, air yang mana satu?
Pucuk pokok pisang ialah daun muda pokok ini yang masih bergulung dan terbuka pada bahagian atasnya.
Air pucuk daun pisang ini terhasil daripada 3 punca. Pertama, air embun yang cair lalu jatuh ke bahagian dalam gelung daun pucuknya. Kedua, air hujan yang terperangkap. Ketiga, air asli daripada pokok pisang itu sendiri.
Cara penggunaannya;
Ambil air pucuk daun pisang ini. Tapis dengan kain nipis yang bersih. Sebaik-baiknya kain jenis kain tudung wanita. Berikan minum kepada wanita yang sarat mengandung tetapi sukar untuk bersalin. Penulis sebutkan wanita - khusus kepada yang baru hendak bersalin anak yang pertama. Belum menjadi ibu maksudnya. Bagi ibu, cara penggunaannya adalah sama.
Insya-Allah, selepas meminum air pucuk daun pisang rebus ini, wanita/ibu yang dimaksudkan akan mudah sekali melahirkan anak. Tapi ingat, jangan meminumnya sebelum sampai masa jadual melahirkan anak kerana berdasarkan pengalaman penulis, ibu itu akan awal bersalin dari tarikh sebenar. Nah..mesti meminumnya pada tarikh sebenar.
Jika anda (wanita/ibu) ragu terhadap kebersihan air pucuk daun pisang rebus ini, anda bolehlah menjerangnya sehingga mendidih. Tapi janganlah diminum panas-panas! Sejukkan air itu sesejuknya. Mau ambil sifat awalnya gitu!.
Petua ini nampak macam tak masuk akal tapi khaifiatnya memang luar biasa dan tak terjangka dek akal.
Penulis mengucapkan Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Kelahiran anak anda dengan selamat.
Petua Orang Tua memohon izin mengundur diri.
Wassalam.
1 ulasan:
Ibu mngndung yg da ada ank ble tak? N mnum shari sblm trikh bsalin ble tak
Catat Ulasan