Assalamualaikum, salam damai, salam 1 Malaysia.
Minggu lepas, POT membicarakan tentang sakit kena angin. Yang diberitakan itu adalah angin biasa.
Kali ini POT ingin membicarakan tentang sakit kerana KENA ANGIN BERANAK.
Angin yang dimaksudkan itu adalah jenis angin semacam juga angin yang disebut minggu lepas/dalam keluaran sebelum ini. Bezanya hanya menyerang wanita yang sudah melahirkan anak. Ketika melahirkan anak, POT berpendapat bahawa semua liang kulit si ibu akan terbuka luas, terutama sekali ketika 'mengejan'. Semua wap panas dalam badan akan keluar melaluinya. Selepas anak dilahirkan, si ibu akan tenang semula. Pada ketika itu angin sejuk akan masuk melalui segenap liang yang terbuka/masih terbuka luas itu.
Itu sebab, orang-orang tua kerap berpesan dan mengamalkan memberi si ibu makanan sup ayam kampung panas kepada si ibu tadi. Mereka percaya bahawa dengan cara itu, wap panas yang masuk ke perut si ibu akanmeresap ke segenap tubuh badan si ibu. Kehadiran wap panas itu akan menendang keluar wap sejuk yang masuk ketika si ibu tenang selepas melahirkan anak tadi.
Sup ayam kampung itu di masak rebus dengan memasukkan halia yang agak lebih banyak daripada biasa supaya lebih menghangatkan badan si ibu. Peringkat memberi makan sup ini adalah di peringkat permulaan. Kadang-kadang, kerana tidak cukupnya makanan seperti ini di makan, si ibu akan terkena angin juga kemudian dipanggillah ANGIN BERANAK.
Nah, apabila terkena angin beranak ini tidak dirawat dengan cepat dan menggunakan bahan dan cara rawatan yang betul, si ibu kemungkinan akan bermasalah. Ada di antara ibu yang berasa sakit-sakit seluruh badan. Ada yang tidak tenteram/bingun berpanjangan dan ada yang hilang kawalan diri. Antara ciri-ciri hilang kawalan diri adalah bercakap sendirian, lari dari rumah tanpa sedar atau meracau bagai orang 'kerasukan' atau hesteria.
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya di dalam keluarga anda menghadapi masalah seperti ini? POT telah menemui 2 jenis tumbuhan yang sangat baik dan berkesan untuk digunakan sebagai bahan rawatannya. Apakah tumbuhan itu?
Ikuti keluaran Petua Orang Tua yang akan datang.
Selamat membaca dan sabar-sabarlah menunggu!
Petua Orang Tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan