Rabu, 30 Mac 2011

DURIAN BELANDA atau LAMPUN

Tahukah anda, Durian Belanda atau 'Lampun' mempunyai khasiat yang luarbiasa?
Berita ini tentu akan menyenangkan hati anda atau isteri and atau suami anda - khususnya mereka yang merokok!

Tumpukan perhatian anda kepada pembacaan petikan ini.

Adalah diberitahu oleh orang-orang tua bahawa buah ini boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Bagaimanapun, pada kali ini Petua Orang Tua hanya menyatakan satu faedah memakan buah ini.

Dengan memakan buah ini (menjadi kebiasaan/setiap minggu), penyakit barah paru-paru yang dihidapi oleh seseorang akan beransur-ansur pulih. Khaziatnya bertindak sebagai 'pengikis' kepada canser / barah paru-paru.
Apa yang pasti menggembirakan ialah bagi mereka yang bermasalah untuk berhenti merokok atau yang telah menghidapi canser paru-paru. Diberitahu bahawa penyakit barah disebabkan merokok juga boleh diubati dengan memakan buah ini secara berterusan.
Macamanapun POT suka menjelaskan di sini bahawa makan berterusn itu bukan bermakna tak berhenti-henti makan. Kalau tak berhenti-henti makan tu...tandanya orang itu sudah mengamalkan tabiat makan kerbau/lembu/kambing. Makan berterusan itu bermaksud sentiasa memakannya pada selang seminggu sekali, sudah memadai.

OK laa...POT akan jumpa anda lagi di minggu hadapan.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Petua Orang Tua

Tiada ulasan: