Rabu, 16 Mac 2011

CARA PENYEDIAAN BAHAN MANDIAN UNTUK RAWATAN

Assalamualaikum w.t.b., salam 1 Malaysia.
Keluaran kali ini akan memperkatakan tentang cara penyediaan bahan mandian untuk rawatan KENA ANGIN BERANAK.

Keluaran sebelum POT ada menyebut tentang dua jenis tumbuhan yang diperlukan. Ia adalah pasangan dua jenis tumbuhan yang dikenalpasti paling sesuai untuk tujuan di atas.
Rebuskan kedua-duanya sekali. Sukatan air..ikut suka anda. Cuma janganlah terlalu sedikit...nanti tidak cukup pula untuk mandian. Suami-suami perlu tahu perkara ini.

Selepas direbus hingga mendidih...ambil airnya. Letakkan di besen plastik/mangkuk mandian yang diperbuat daripada batu mar-mar. Tunggu sehingga air berubah menjadi hangat-hangat kuku.
Apabila air mandian sudah sesejuk hangat-hangat kuku, mandikanlah ibu yang kena angin beranak itu. Mulakan mandian daripada bahagian yang tahan sejuk. Pastikan seluruh badan pesakit terkena air mandian ini.

Harus diingat, selepas mandi air mandian tadi, laplah badan si pesakit dengn tuala kapas hingga kering. Jangan dicuci lagi dengan apa-apa jenis air/air pili.Kemudian, pastikan si pesakit memakai pakaian yang bersih dan selesa. Jangan pakai pakaian yang kainnya diperbuat daripada lenin..kain kesat...Seelok-eloknya pakailah kain kapas, sutera atau nylon.

Semoga anda mendapat manfaatnya. Selamat mencuba. POT doakan semoga usaha anda akan berhasil.
Tapi jangan lupa ya...Memohonlah kepada Maha Pencipta yang mencipta, kesembuhan daripada sakit yang dialami kerana kesembuhan itu datang daripada-Nya jua.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan: