Assalamualaikum w.t.b.
Beberapa hari lepas penulis ada menyatakan tentang dua jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk dijadikan bahan rawatan tradisional membuang angin beranak.
Dua jenis tumbuhan itu dinamakan [dialek ibunda] sebagai MINTOTOBOU dn TAWAWO.
Anda yang bukan berasal dari Sabah mahupun yang berasal dari Sabah tetapi bukan dari suku kaum kadazan-dusun tentu tidak akan tahu pokok ini. Inilah pokok yang dikatakan oleh penulis sebelum ini.
TAWAWO adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh liar di kebanyakan tempat yang lembap. Daun pokok ini juga kerap digunakan oleh orang dahulu untuk menghalau kutu ayam. Manakalah pokok MINTOTOBOW adalah sejenis pokok berbuah tetapi buahnya tidak dimakan. Di bahagian tengah buahnya terdapat banyak semut hitam kecil. Semasa mudanya berwarna hijau, Apabila sudah tua,buahnya akan berubah warna tetapi sedikit sahaja iaitu menjadi kekuning-kuningan. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan berair...di dekat kawasan berait.
Daun pokok MINTOTOBOW lebar dan bergetah. Ada dua jenis. Jenis pertama, pucuk daun berwarna hijau cerah dan yang lain berbentuk hijau tua. Jangan silap ya, yang digunakan untuk rawatan tradisional bukan buahnya tetapi akarnya yang berwarna kekuningan/kuning.
Bagaimana untuk menyediakan kedua-dua bahan ini supaya dapat digunakan untuk merawat sakit yng dihadap? Akan penulis beritahu lagi di keluaran akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan